Isnin, 4 Julai 2011

9 Cara Atasi Patah Hati.



1. Percaya pada takdir.

Bila 'bekas kekasih' memutuskan untuk memilih orang lain, ajar diri kamu untuk mempercayai bahawa dunia belum berakhir lagi !! Pujuk diri dengan mengatakan si dia bukan yang terbaik untuk kamu. Yakinlah bahawa tuhan memiliki rencana indah yang lain untuk kamu.

2. Relakan.

Mencintai seseorang bererti kamu harus bersiap sedia untuk merelakan si dia terus bahagia dan bersedia untuk kehilangannya. Bila si dia menyatakan bahawa dia tidak merasa bahagia ketika dengan kamu, jangan sesekali memaksanya untuk berada tetap di sisi kamu.

3. Lupakan.

Teori memang tak semudah praktikal. Namun saat dia memutuskan untuk memutuskan kamu walau atas apa alasan apa pun, kamu harus mengajar diri kamu untuk melupakannya. Awalnya memang sukar. Apa kata kamu sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti positif di luar sebagai usaha untuk melupakannya.

4. Ambil hikmahnya.

Pengalaman adalah guru terbaik untuk diri kita. Jadikan pengalaman ini sebagai satu pengalaman yang beharga untuk diri kamu. Ambil hikmahnya dan pastikan ketika kamu memulakan hubungan yang baru, hal-hal seperti itu tidak berulang lagi.

5. Be nice.

Korang perlu terus barbuat baik ketika berhubungan dengan sesiapa pun. Tingkatkan harga diri dan teluslah dalam perhubungan. Korang pasti akan lebih dihargai oleh individu yang baru kelak.!! Insya'allah.


6. Jangan bersendirian.

Tangani masalah dengan bijak !! Orang yang baru putus cinta suka berfikir dan melakukan sesuatu hal yang aneh. Lebih-lebih lagi sewaktu sendirian. Jadi, ELAKKAN !!

7. Bersedia untuk orang baru.

Jangan mengurung diri korang dari pergaulan dengan dunia luar. Yakinkan diri korang untuk kembali menjalin hubungan dengan kengkawan yang lain. Bukalah networking yang baru.

8. serlahkan potensi diri.


Wake up !! Jangan biarkan diri korang terperangkap dengan dalam lara begitu lama. Cari semula potensi diri korang hingga ia boleh dinilai oleh orang lain.

9. Berdoa dan tawakal.

Serahkan segalanya pada kekuasaan Tuhan. Kamu bakal menemui kedamaian saat kamu mengadu dan merelakan segalanya pada-Nya.


Haa..so korang dah baca kan...amacam !! boleh ke ikut tips-tips ini...i hope u all can la ok!!
Itu lah sebab nya kenapa aku malas nak pikir soal cinta...ehhe so aku biarkan takdirku yang merencanakan segalanya..tak nak fikir lagi..t dye dhtg sirie..heheh...

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...