Isnin, 4 Julai 2011

PENGUMUMAN !!!

Sains dalam bercinta !

Bila jatuh cinta, kamu rasa seperti berada di awng-awangan. Semuanya manis-manis belaka ! Tapi, tahukah kamu yang jatuh cinta ini sebenarnya merupakan satu tindak balas kimia dan ia bukanlah sekadar mainan hati dan perasaan.

Kalau kamu nak tahu, otak kamulah yang menjadi pusat perasaan dan emosi kamu, bukannya hati. Bahan kimia dalam otak boleh menerangkan perlakuan kita sebaik sahaja kita jatuh cinta. Bahan kimia ini bergerak ke bahagian-bahagian otak yang berkaitt dengan emosi dan memori kita. Haaa baca lebih lanjut kalau kamu nak fahami pap sebanarnya yang berlaku pada diri kamu mengikut tahap-tahap tertentu.

1. ''Eee syoknya dekat dia''

Ha perasaan sebegini disebabkan oleh Dopamin. Dopamin membuatkan kamu menyukai seseorang. Dalam tempoh beberapa bulan pertama kamu tertarik pada seseorang, satu satu bahagian otak kamu membebaskan bahan kimia ini. Ia mungkin boleh menyebabkan kamu berjaga sepanjang malammemikirkan perkara-perkara romantik. Dengan dopamin, kamu mula rasa tak berselera. Kamu ponteng makan, rasa lapar tapi kamu tetap gembira dan sedikit gila walaupun perut kosong. Dopamin juga membuatkan kamu rasa bertenaga, dan boleh buat apa saja. Ia memang satu bahan kimia yang manakjubkan. Ia membuktikan seperti "asyik bercinta" memng wujud.

2."Siang, malam, 24 jam asyik teringatkanya!"

Serotonin membuatkan kamu terlalu menggilai si dia. Tahap rendah bahan kimia ini dalam otak merupakan sebab kenapa kamu terlalu memikirkan seseorang itu apabila kamu bercinta. Tahap serotonin yang rendah boleh membuatkan kamu asyik terfikir mengenainya ataupun asyik mengekorinya kemana-mana sahaja. Pendek kata, gila bayanglah tu! Kamu tidak akan menyedari segala perlakuan ini kerana tahap serotonin yang rendah tela menguasai tindakan kamu. Bila kamu beritahu rakan yang kamu asyik teringatkan dia, sebenarnya itulah tahap rendah serotonin yang menguasai kamu.

3. "Adakah kami akan kekal bersama"

Oksitosin membuatkan kamu berfikir kamu akan kekal dengannya. Sekarang kamu mungkin dah pun berada dalam hubungan sebenar dan semakin cinta kamu berkembang, kamu mula terfikir yang kamu tak dapat nak bayangkan kehidupan tanpa si dia. Kamu semakin terikat dengannya. Kemana saja dia pergi, kamu pun ada. Masa inilah bahan kimia oksitosin bertindak. Ia merupakan kimia yang dibebaskan oleh otak di mana tahap gila bayang kamu semakin berkurang dan kamu mula menjalin hubunga yang serius.


Haa macam mana, menarik kan ? Sekarang bila kamu dah mengetahui tindak bals kimia yang berlaku ketika kamu dilamun cinta, kamu pasti lebih faham dan sedar apa yang berlaku pada kamu. Itukan lebih baik. Dapatlah kamu mengawal situasi dan perasaan. Kata orang cinta itu buta. Cinta juga memang indah tapi kadangkala boleh menjadi pemusnah. Jadi janganlah terbawa-bawa pula ya! Kalau nak berseronok pun, pastikan kamu tetap fokus pada pelajaran da kerjaya okay !!.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...