Ahad, 3 Julai 2011

TEmAN ituuuu

1. Kawan itu bukan macam main FUTSAL:

Mula-mula kejar, dah dapat sepak.

2. Kawan itu bukan macam main SKATE:

Mula-mula gosok, lepas tuh pijak.

3. Kawan 1tu bukan macam main RAGBI:

Mula-mula tangkap, dah dapat tendang.

4. Kawan itu bukannya macam PAMPERS:

Lepas pakai, buang.

5. Kawan itu bukannya macam BARANG KEMAS:

Waktu baru beli pakai, dah sengkek gadai.

6. Kawan itu bukan macam PELANGI:

Hari cerah takda, hujan gerimis baru muncul.

7. Kawan itu bukan macam KERETA:

Rosak skit, jual. Ambil kereta baru.

8. Kawan itu bukan macam CHIPSMORE:

Sekejap ada sekejap takda.

9. Kawan itu bukan macam BANK:

Bila dah takda duit, pergi kat sana ambil.

10. Kawan itu macam apa yek?

Haa.. Kawan itu macam AWAK LA.

Bila saya hantar message, awak akan baca message saya dengan teliti sampai habis. Walau apa pun tanggapan orang tentang kawan, bagi saya, kawan tu penting.

Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kawan yang sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara.

Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kepada kawan-kawannya :)

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...