Ahad, 3 Julai 2011

Untuk insan yang amat ku sayangi...:


Kadangkala orang pernah mencintaimu adalah orang yang tidak pernah menyatakan cintanya kepadamu kerana orang itu takut kamu berpaling dan menjauhinya. Dan bila suatu masa dia hilang dari pandangan mu...kamu akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kamu sedari. Mungkin benar tatakala kita kehilangan barulah kita menyedari. Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti. Mungkin benar jika kita rasa rindu yang amat dalam barulah kita tahu betapa besar makna dan ertinya seseorang kepada kita. Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilanganya. Tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum kita miliki sampai kita mendapatkannya. Hargailah cinta seseorang kerana pengorbanannya dan bukan pemberiannya semata-mata.

”Tak usahlah sebut pasal cinta jika tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usahlah bercakap tentang perasaan jika ia tidak berada di hati. Tak usahlah menunjuk ke dada jika berhasrat melukakan hati pasangan. Tak usahlah sebut cinta abadi jika di di hati hendak berpisah. Tak usahlah memandang matanya jika berbohong kepadanya. Tak usahlah kunci hatinya jika tiada anak kunci untuk membukanya kelak”
Jika suatu hari kau datang dan bertanya padaku apa yang lebih penting: Dirimu atau nyawaku. Dan aku menjawab nyawaku lebih penting dan kau pun berlalu dengan penuh kekecewaan tanpa pernah kau sedari bahawa kaulah nyawaku itu. Sesungguhnya kau adalah cinta dan nyawaku dalam hidup ini.

Meskipun kesalahan dan kesilapan itu boleh dimaafkan tetapi janganlah berbicara hingga menyakiti dan melukai hati orang lain kerana kemaafan itu bukanlah pengubat hati yang terluka kerana hati yang terluka akan tetap terluka.
Jangan cari perbezaan dari segi luaran tapi carilah persamaan secara dalaman, kerana secara dalaman sebenarnya kita mempunyai banyak persamaan. Cinta hanya satu perasaan. Jika diupam rasa, sarat emosi, maka bersemi mekar dan redanglah ia. Tetapi jika diabaikan, dibiarkan...pasti akan layu dan kekeringan. Dalam kehidupan ini tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apalagi bila melibatkan hati orang lain. Terkadang kita tidak dapat apa yang kita impikan lalu kita menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa. Sedangkan, kita tidak sedar apa yang kita perolehi lebih baik dari apa yang kita harapkan.

· · Sharelovelovelove

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...