Ahad, 19 Februari 2012

untuk awak


Dulu kita selalu bersama kan?
Tapi sekarang kita makin jauh..
Jauh sangat. Walaupun kita dekat, tapi kita jauh.
Tapi saya tak pernah sekalipun lupakan awak.
Kenapa? sebab awak teman hidup saya lah..

Awak pernah cakap jangan pendam masalah sorang-sorang.
Tapi nak buat macam mana.
Saya tahu awak tak suka bila saya cakap pasal tu.
Sebab tu saya sanggup pendam sebab nak jaga hati awak.
Tapi awak pulak anggap awak tak penting bagi saya.

Saya tahu saya bukan yang terbaik sebab apa yang awak tak suka,saya buat,apa yang awak benci, saya buat juga.
Saya tahu awak sedih.
Saya tahu awak dah lama bersabar dengan saya

Saya dah lali bila sedih takde orang nak pujuk,bila sedih takde orang nak dengar apa yang saya sedihkan.
Saya faham awak busy.
Tapi saya terasa keciknya.

Saya tahu saya bukan gf yang baik..
sebab tu saya menyepikan diri.
Sebab saya rasa rendah diri.
Awak dan saya jauh berbeza.
Saya begitu awak begini.
Awak lagi baik dari saya.
Awak tetap yang pertama.

Saya tak kisah bila disisihkan.
Saya dah biasa.

Saya selalu fikir positif kat awak.
Saya tahu awak baik dan awak seharusnya dapat gf yang lebih baik dari saya.

Awak tahu tak..
bila saya tulis benda nie saya menangis.
Saya dah tahu saya akan kehilangan awak.
Dah tahu dari dulu lagi.
Tapi hati saya sebak...
sebab saya yang salah kerana saya bukan seorang gf yang baik.

Saya akan sentiasa doakan kejayaan dan kebahagiaan .
Kalau awak pergi...
saya redha.
Saya maafkan kesalahan awak kalau awak pernah buat salah kat saya.
Saya juga minta maaf kerana saya banyak buat salah kat awak..


p/s * saya sayang awak,syg..


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...